Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai
dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.
Herba
digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga
dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.
Bahagian
hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan
bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh
terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba,
termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Kini hampir
setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan
herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa
yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun
herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh
memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A
disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh
memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya
diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.
No comments:
Post a Comment