Tuesday, 12 March 2013

Limau Purut



Pengenalan : Limau Purut (Citrus hystrix) atau "Kaffir Lime" merupakan sejenis limau dari keluarga Rutaceae dan Genus Citrus. Limau Purut dipercayai berasal dari Asia Tengara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan Laos. Pokok limau purut ditanam diseluroh dunia sebagai bahan tanaman hiasan dan ornamental keliling rumah. Keluasan tanaman limau purut di Malaysia tiada rekod kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Terdapat beberapa petani di Johor dan Selangor yang menanam secara komersil tetapi bercampur2 dengan pokok buah-buahan yang lain.

Ciri-ciri : limau purut boleh tumbuh sehingga 30 m tinggi jika kerap dicantas. Daunnya mempunyai ciri unik bersayap membuat ia kelihatan seolah-olah dua daun bersatu. Ianya bewarna hijau gelap dengan kilauan berkilat. Daunnya boleh mencecah 5-8 cm panjang. Limau purut menghasilkan jus sedikit atau tiada.

Kelebihan :

  • Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 
  • dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
  • Dapat melancarkan sistem pernafasan
  • dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi. 
  • Sebagai wangian dalam aromaterapi.
  • Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 

No comments:

Post a Comment