Monday, 11 March 2013

Kunyit



Pengenalan : Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Ciri-ciri : Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari.
Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing di hujung serta mempunyai tangkai yang panjang.
Pokok ini mengeluarkan bunga yang berwarna kuning di celah-celah daun muda.

Kelebihan :
  • Agen antiseptik dan antibakeria semulajadi yang sangat berguna dalam pembasian luka serta kesan terbakar.
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
  •  Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
  • Dapat menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheumer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
  • Boleh mencegah daripada berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza jenisnya.
  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
  • Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam penurunan berat badan.
  • Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan sampingan.
  •  Menghentikan pertumbuhan saluran darah beku di dalam tumor barah.
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka serta membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang.

No comments:

Post a Comment