Monday, 11 March 2013

Saderi



Pengenalan : Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, sedikit pedas, rangup dan berbau wangi.

Ciri-ciri : Saderi ialah herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan terkandung banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya kecil dan halus.

Kelebihan :
  •  Khasiat Daun Saderi
  •  Mengandungi banyak Vitamin.
  • Menjadi penawar menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengubati keracunan.
  • Membantu pencernaan.

No comments:

Post a Comment