Tuesday, 12 March 2013

Mengkudu



Pengenalan : Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda spp.
Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional.
Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

Ciri-ciri : Tumbuhan mengkudu memiliki karakteristik tinggi pohon sekitar 3 hingga 8 meter.
Memiliki daun bersusun berhadapan dengan panjang 20-40 cm dan lebar 7-15 cm.
Mengkudu memiliki bunga berwarna putih dan buah berwarna hijau dengan permukaan kulit bertotol-totol.
Tumbuhan ini biasa dikembangkan di kebun atau di hutan liar karena sifatnya yang dapat hidup di dataran rendah hingga 1500 meter diatas permukaan laut.

Kelebihan :
  • Mampu meningkatkan daya tahan tubuh kita keran kaya dengan anitoksidan.
  • Membantu mencegah akan menyebarnya sel – sel kanser.
  • Mampu mencegah tumor.
  • Membantu mengubati sakit perut, batuk dan juga demam.
  • Merupakan salah satu agen anti bakteri.
  • Membantu menstabilkan tekanan darah.
  • Sebagai zat anti peradangan dan anti alergi.
  • Membantu mengatur fungsi sel – sel dalam tubuh.

No comments:

Post a Comment