Pengenalan : Pokok Emas
Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan
dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini
dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar)
.
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus
deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya
di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip
Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis
penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Ciri-ciri : Tumbuhan ini
boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 meter tinggi tanpa pemangkasan. Bentuk
daun berbeza mengikut varieti samada bulat, bujur telur atau lonjong. Permukaan
atas daun berwarna hijau berkilat dengan bintik berwarna emas.
Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam antara urat daun utama yang bercabang. Pangkal dan hujung daun kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun samada berpasangan atau tunggal. Bunganya berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang. Daun Emas Cotek jantan mempunyai daun yang kecil dan tirus.

Kelebihan :
- Memperbaiki kerosakan urat saraf
- Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bagi wanita selepas bersalin
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Merawat penyakit pneumonia
- Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
- Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
- Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
- Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
- Membantu masalah keputihan
- Melancarkan peredaran haid
No comments:
Post a Comment