Pengenalan : Pokok Misai
Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae"
yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara
yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah
pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama
sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok
berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada
'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan
dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Ciri-ciri : Daun Misai
Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun
bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna
ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna
kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang
tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai
bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai
ubat.
Kelebihan :
- Membersihkan & Menyahkan Toksik Ginjal.
- Mengurangkan Inflamasi & Gout.
- Membantu Mengembalikan Tekanan Darah Tinggi Kepada Normal.
- Menormalkan kadar denyutan jantung untuk mengurangkan tekanan pada jantung.
- Mengeluarkan natrium (garam) berlebihan melalui air kencing.
- Mengurangkan Pembendungan Air.
- Terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan dan Mengurangkan pembendungan air dalam badan melalui air kencing.
- Mengurangkan tahap kolesterol.
- Mengawal atur tahap gula dalam darah.
- Mengelakkan pembentukan batu dalam ginjal (batu karang).
- Membaiki tahap stamina dan tenaga.
No comments:
Post a Comment