Tuesday, 12 March 2013

Aloe Vera


Pengenalan : Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.  Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

Ciri-ciri : Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga ke empat daun per pokok.

Kelebihan :

  • menghentikan pertumbuhan tumor.
  • merendahkan kadar kolesterol.
  • memperbaiki sel darah.
  • menambah oksigen di dalam darah.
  • menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh.
  • memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan.
  • menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman.
  • mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom.
  • menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan.
  • mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar.
  • merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut.

No comments:

Post a Comment