Pengenalan : Sirih atau
nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil
dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting
dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut
dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.
Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir
menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu
tradisional.
Ciri-ciri : Daun sirih
berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia
juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.
Kelebihan :
- Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
- Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
- Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
- Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
- Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
- Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
- Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
- Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
- Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
- Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
- Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
- Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
No comments:
Post a Comment