Tuesday, 12 March 2013

Dukung Anak



Pengenalan : Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.

Ciri-ciri : Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.
Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan.

Kelebihan :

  • Penghilang dahaga, bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.
  • Mengubati penyakit najis berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit.
  • Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.
  • Ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning.

Misai Kucing



Pengenalan : Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Ciri-ciri : Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat.

Kelebihan :
  • Membersihkan & Menyahkan Toksik Ginjal.
  • Mengurangkan Inflamasi & Gout.
  • Membantu Mengembalikan Tekanan Darah Tinggi Kepada Normal.
  • Menormalkan kadar denyutan jantung untuk mengurangkan tekanan pada jantung.
  • Mengeluarkan natrium (garam) berlebihan melalui air kencing.
  • Mengurangkan Pembendungan Air.
  • Terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan dan Mengurangkan pembendungan air dalam badan melalui air kencing.
  • Mengurangkan tahap kolesterol.
  • Mengawal atur tahap gula dalam darah.
  • Mengelakkan pembentukan batu dalam ginjal (batu karang).
  • Membaiki tahap stamina dan tenaga.

Serai Wangi



Pengenalan : Serai wangi, nama saintifiknya Cymbopogon nardus ialah tumbuhan famili rumput Poaceae, berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Serai wangi juga dapat digunakan untuk menghalau serangga.

Ciri-ciri : Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.

Kelebihan :

  • Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.
  • Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
  • Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa tertekan.
  • Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk.

Daun Sirih



Pengenalan : Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.
Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional.

Ciri-ciri : Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Kelebihan :
  • Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
  • Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
  • Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
  • Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
  • Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
  • Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
  • Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
  • Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
  • Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
  • Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
  • Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
  • Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

Ulam Raja





Pengenalan : Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Ciri-ciri : Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Kelebihan :

  • Mencuci darah dari bahan toksik dan juga dapat menguatkan tulang.
  • Kajian juga mendapati bahan kimia Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan
  • Merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.coli.